Rabu, Julai 15

siri trackback: 01 - menanti disimbah sebesen air untuk kepentingan diri sendiri.

aku mahu delete salah satu akaun social site. jadi, aku akan post some previous entries di sini. excuse the spelling, please. owh. and the grammar too.

"The story of life is quicker than the blink of an eye, the story of love is hello, goodbye." - Hendrix

'kebelakangan, aku selalu runsing. kadang-kadang lupe, sama ada remeh ataupon tidak. berfikir bende-bende yang tak berfaedah. tentang hati, tentang teman, tentang tanggungjawab, tentang actions yang perlu dilakukan supaya dapat diterima masyarakat. sesungguhnye, confidence level aku bukan lah tinggi menara gading. mahupon bangunan maybank di bulatan kotaraya. rendah serendah-rendah barisan kedai lapok dekat central market tu.

konfius. kaget. hilang.

yang lepas tidak harus lagi menghantui, bukan? harus dilenyapkan saje dari medulla oblangata ni. aku rimas dgn pemikiran yang tercemar buat aku kadang-kadang terjaga lewat malam /awal pagi buat aku tak keruan. aku dah lupe caranya utk menjadi seorang kekasih. yang paling bahaya, aku sudah lupe care utk menjadi seorang sahabat yg akan disayangi sehingga bile-bile mase pon. aku bukan lagi mempunyai bahu favourite utk teman-teman yg mencari. dan dalam senyap, aku memohon maaf. sesungguhnya, aku sendiri kehilangan bahu favourite aku.

kesilapan mengajar kita utk lebih berhati-hati di masa depan. kamu tidak harus menyalahkan aku sebulat-bulat bola ping pong yg ditepis-tepis. that’s life, right? we learn from our mistakes. aku terlalu banyak kesalahan. dan dalam diam juga, aku percaya akan karma. aku telah menerima balasan. malah, aku di sepak teruk di kepala. membuatkan rohaniku agak songsang buat mase ni. paranoid. that’s the best word to describe myself.

maaf. kejadian yg lepas buat aku lebih membenci. pemikiranku terlalu shallow. kadang-kadang bile tersedar, aku tanye akan diriku sendiri, what happened to u? kelmarin, kerap ungkapan ‘happy go lucky’ diucapkan kepadaku. dan aku bulat-bulat menelan pujian enak itu.

hari ini, mereka lebih berhati-hati dgn perkataan, takut aku terlalu sensitif lalu terguris.

aku perlukan ruby slippers dorothy. i need to go back to yesterday when i was still sane.'

23/05/07 from the original wishful thinkings. wasted thoughts.

Isnin, Julai 13

i hate this part right here

musim delete/private blog sudah sampai ke?

mesti takut stalker macam aku ikut blog mereka...heh heh heh...

Jumaat, Julai 10

ordinary people

ini adalah path yang aku telah pilih. kalau aku masih berada di path yang sebelumnya, aku dapat rasa yang aku akan still stay a hater. well, not that i've stopped being a hater, tapi at least hati aku sudah kurang satu gundah. sekarang slightly more carefree than before.

elle texted me a few weeks ago, her first week at work:
apa yang buat hidup kita bererti? career? to survive your job? relationship? having the time of your life? routine?

i couldn't really answer her question because it is obviously a subjective one. kau tidak boleh ikut erti hidup orang lain pasal kau tidak hidup cara dia. kau hidup cara kau, senang dengan cara kau sendiri. well, aku fikir, manusia memang tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada. diberi betis, mahu peha. kita berlumba-lumba to get more. dan bila kau mula mahu settle down, kawan-kawan kau cakap, "seriously, you deserve better", how sure are they? what if apa yang kau ada sekarang adalah apa yang kau deserve? okay, so my job's not the coolest thing but i still can afford a car, a nice place to stay, parties, good food, this and that.

jadi macam mana mahu tahu kau punya taraf 'better'?

Isnin, Julai 6

the way she dances

can you actually like a person, like, really, really like a person (the type where you feel everything that person's feeling or you're happy when that person's happy too) by religiously reading their blogs? memang ada beberapa favourite bloggers yang aku macam virtually sayangi entah apa pasal, aku pun tidak pasti. kau ada rasa macam itu?

pernah satu kali aku terjumpa dengan blogger amoi and you know what i did? iyalah, seperti biasa, perkara yang memalukan (but i think it was a fortunate thing that she was kind of tipsy jadi i hope, hope, hope dia lupa that the thing actually happened). when she came to wait for the toilet, aku pun tidak pasti kenapa aku semacam bersemangat menegur, like really, really bersemangat, like practically shouting at her, "i'm your faaannn!!!" with this big goofy smile pasted on my face. i still remember the look on her face and Mili's too. the what-the-hell??? and omg-kakak-are you-crazy??? expression.

sometimes, i just love the idea of doing suicidal acts like that. konon macam free-spirited. yeah, my ass.

the other day i saw that kinky blue fairy and i nearly waved a big 'hi' at her because i really like reading her blog and i think she's a fun-sesukahati little creature. tapi aku terhenti pasal owh, sebenarnya aku hanya kenal dia through her blog posts. pathetic.

so, is that normal? to like someone so much just by reading their blogs?

oh my god. it's not normal, right? i just made myself sound like a total freaky stalker.

there are things you should know

so, are you totally in love with him

or you just love being around his friends?

are you really sure that you believe me when others say I lie

aku pernah post an entry somewhere on the internet lama dulu, masa first time aku heartbroken. belum big B.U. lagi pasal waktu itu aku masih percaya dengan hope. boleh tahan kuatlah aku serahkan pada hope dan faith.

it was about this 'what if' situation. what if, the person yang kau anggap memang jodoh kau, whether kilat menyabung ke, kemarau padang jarak padang terkukur ke, konon kau lah tulang rusuknya yang missing itu, tapi at the same time, di suatu tempat yang lain ada orang yang berpendapat sama dengan kau ke atas that person yang kau anggap jodoh kau itu. get it? kiranya jodoh kau itu ada dua orang yang sudah book. jadi kita serah pada fate atau kau mahu lawan sedaya-upaya to win the game (walaupun kau lihat so-called jodoh kau lebih kepada the other side)?

kalau aku, self-esteem aku macam lebih low dari low. yeah, you've guessed that right. i'll prolly let the other party menang tanpa bertanding. sumpah aku tidak tahu macam mana mahu fight.

Khamis, Julai 2

i hear your name and i'm falling over

kau tahu, hobi aku currently adalah people watching dan unfortunately aku sudah jumpa that one person yang aku suka tengok. unfortunately pasal he's somebody's boyfriend. but there's no harm in just watching, right?

if ever the girlfriend finds out, would she take it as a compliment? like, wouldn't she be proud that people are checking out her boyfriend? last Saturday, i wanted to smile to her but she seemed too intelligent to be smiling at me. jadi dengan perasaan guilty suka tengok boyfriend-nya, aku kecutkan diri dan slipped away.

i did it all for the nookie

lewat malam Ahad, dari topik biasa-biasa, Elle, Yaya dan aku berborak ke topik yang jadi lebih serious. over the weekend, Yaya found out sifat aku ada sedikit-sebanyak sama dengan sifatnya. aku tengok Yaya macam baru jumpa kawan baru. i've always been amazed by her irresistable personality, a certain kind of charisma. aku suka dengan mereka yang banyak baca buku and then share it with you. topik yang dibincangkan malam itu adalah tentang orang-orang famous di kota durjana. not the celebrities but those yang ada character tersendiri, punya charisma yang buat head turns. macam that girl photographer yang menggunakan sumber teknologi sehabis-habisnya or that amoi yang aku rasa dalam kepalanya sentiasa ada neon wools weaving into something extraordinary. aku cemburu dengan mereka yang sentiasa ada neon wools weaving in their heads. did they take a whole bunch of raisins or caviar growing up instead of masak lemak cili api?

and then Yaya cakap all you have to do is be yourself. buat apa yang kau suka dan kau akan jadi original, bukan yang ciplak. and then i got thinking (instead of weaving) pasal apa yang Yaya cakap buat aku rasa pedas. aku rasa selama ini aku buat sesuatu perkara pasal aku mahu impress seseorang konon yang 'hey, aku boleh survive lah' walhal memang sangat ketara those things i did sebenarnya bukan diri aku sendiri. aku biarkan yang semalam take over hari ini. tidak beri peluang langsung untuk hari ini bloom into something new pasal disekat oleh aku sendiri. aku pun tidak pasti apa yang aku cuba prove.

i'm not attached so why do i subconciously let some unimportant beings control me?

cough coughing

jadi kau dapat tahu yang those people have been bitching about you. jadi selama ini betullah prasangka kau. jadi, sekarang kau mahu buat apa? you wanna cry? perkara celah gigi saja, people bitch about you pasal everybody bitch about everybody else. yang paling penting sekarang adalah mereka yang kenal kau luar-dalam pasal, to hell-lah pada mereka yang cuma tahu bad-side kau (sama ada cerita itu sahih atau tidak).

jadi bila kau dapat tahu ada orang cerita belakang kau, perkara yang kau perlu buat adalah reminisce waktu kau bitch pasal orang lain. makes you equal, kan?

Jumaat, Jun 26

considering life

last night aku tidur di ruang tamu rumah baru. celik saja dari tidur, aku on televisyen, channel [V], ke hulu-hilir doing my moves to Depeche Mode, Royksopp dan Pussy Cat Dolls. lalang di depan rumah ada segelintir bunga-bunga violet dan aku teriak, "macam spring sangat." aku happy barang-barang penting sudah dipindahkan tinggal lagi yang sampah-sarap saja di apartment lama. this new house forbid guy friends unless ada majlis keramaian. bila free nanti, aku mahu cari tikar getah dan pasang jaring halus di tingkap.

malam nanti aku busy mahu sort out stuff untuk dijual di majlis keramaian ultra-besar esok. lebih kurang 60% barang yang aku pindahkan adalah clothes. dan hanya 5% dari yang dipindahkan aku tolak tepi mahu jual. i couldn't let go of the clothes. alasan dalam kepala, "nanti ada event sesuai boleh pakai" or "yang ni simpan untuk pass down macam mak buat". typical. walaupun e-mail dari organizer cakap market tutup pukul 10pm, aku mahu pack-up awal so that i can go berdisko to live music. banyak band yang aku mahu tonton dan nod my head to. i have to go no matter what. by the way, kalau kau tahu aku yang mana satu, come up and tegur. maybe it's okay to know who's reading my blog yang macam entah apa-apa ini.

bila aku dapat tahu ada orang yang link-kan blog ini dari blog mereka, aku penuh tanda tanya. my stories macam sama like their's ke? or they link me up pasal 'oh-my-god! pathetic-nya blog ni!' so they can laugh about it. apa saja lah. kadang-kadang kalau aku berada di khalayak ramai, aku selalu fikir mana antara mereka yang tahu tentang blog ini and then whisper among themselves, "ni la blogger yang sedih tu." sedih as in pathetic. whatever. just come and say 'hi' and if you like what i'm wearing, say it too pasal i think it's absurd to be talking about the weather nowadays. my self-confidence is at the most pathetic level ever i need some compliments.

kau tahu, entri-entri Sarah selalu buat aku teringat tentang my sad, heart-breaking past. yeah, i'm still mourning about it. it's just so weird to see that girl's name on the commercialized blog, i just have to delete the link. but i love his friends i can't delete them from my life. aku rasa it'll take me exactly the same amount of years together with him to get over it entirely. atau aku perlu apply konsep The Secret di sini?

anyway, i'm working on Elle's band's CD sleeve. rasa macam berguna sangat. after that i have to work on a friend's deck. dan aku harap aku dapat score that Singaporean clothing store's deal.

Mili cakap aku bawa rezeki pasal everytime aku masuk kedai kosong, a few minutes after that mesti kedai penuh. aku cakap pada Lavid, aku bawa rezeki pada orang but not to myself dan dia tepis dengan keras. aku cepat-cepat cari kayu mahu ketuk. rezeki aku selalunya datang secara tidak disedari. aku bersyukur.

setiap pagi, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. tapi itu bukan alasan untuk stay average.

Isnin, Jun 22

creeping around calling darkness

twitter kawan (well, do you consider me as a friend?) aku cakap something about fuck here, fuck there just so to forget that one and only. aku rasa, boleh, boleh tapi at the end of the day selepas rounds after rounds kau jadi lunyai. secara jasmani dan rohani.

trip ke Dungun, aku ada curi dengar perbualan Abah, something about perlu bersihkan diri dari dengki. busuk hati perlu spray dengan wangi-wangian so that you can live happily ever after. i'd like to get my hands on those wangi-wangian.

aku bosan dengan orang yang suka order logo and after i've given them my drafts, jadi senyap. or after i've stated my price, jadi senyap. kalau tidak suka, just say it to my face. aku tidak suka dengan perkara-perkara yang tidak ada confirmation. aku juga bengang dengan DJ yang manipulate aku pasal yeah, aku memang pun senang untuk di-manipulate. buat aku mahu jerit, "dude, tolong jangan cakap draggy dengan aku! dan tak payah lah repeat dua-tiga kali! dan bukan ke lagi senang kalau kau just text me up the information?!!!." just because i'm not a good designer kau boleh buat sesuka hati kau. jangan sampai aku menangis sebab, oh-oh-oh, kalau aku menangis muka aku buruk and you'll get nightmares about it.

it's the Monday disease, kan?

Khamis, Jun 18

let's not discuss all these things we can't undo

malam tadi, sebelum aku mimpi bercuti dalam boat-house yang kemudiannya karam, aku mimpi pasal bad grammar.

tadi aku log in Friendster. kalau kau pandai, kau cari account bekas kekasih. current girlfriend mesti makan hati. oh well.

aku mahu pergi makan sotong goreng tepi laut. kemudian mungkin main layang-layang buatan sendiri (tengok status rajin pasal sana banyak angin, paling best layan baring sambil membaca). kalau sana ada wi-fi, nanti aku cerita tentang mimpi boat-house karam. kalau tidak ada wi-fi, lepas getaway, mungkin. kalau aku ingat lagi.

pasal aku suka create my own stories, tambah sana sini. see the name lah, kan.