Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 5

conversation dalam dua hati

memori
kejutkan aku
goncangkan aku
buat aku sedar

waktu
bisik pada aku
bila detiknya
mana episodnya

aku mahu tahu
hatinya lari
ke mana
hatinya lari
kenapa

hatinya lari jauh
tak mahu pulangkah?


***


setiap detik yang
aku lalui
ada suaramu
berbisik

setiap wajah yang
aku pandang
ada matamu
bertentang

aku mahu pulang
cuma aku tak mampu

kita tak mampu
takkan
termampu



- 32 X 2946 -

Selasa, Februari 19

mimpi

kita hanyalah sebuah mimpi.
tapi mimpi ini akan sentiasa tergantung di hati mewarnai ruang putih
kerana kamu, pada aku
adalah warna-warna yang buat aku terbang
kamu, adalah suatu ciptaan unik
aku, suka akan warna-warna yang kamu calit
pada hati yang dahulunya hanya berwarna konkrit
kamu, will forever be my colours


this is what john painted, from his heart. whether it's honesty or just being plain romantic, i'm gonna eat it. it's okay. i like the feeling of being an inspiration to someone getting back on his feet. the five stars stands for m-i-m-p-i (dream). the painting consist of multiple layers (if you see closely, you can see some drawings beneath the green). he asked me to snap a favourite angle. i chose a star. without me noticing it, when zoomed in, there are two dots. he asked what it meant. i shrugged. "maybe us?"

but then again, we're only dreams to each other.

Khamis, Januari 17

senja jingga


warna jingga yang menghiasi langit
dialunkan dengan ungu yang malu
waktu senja indah bagaikan puisi

dan hati ini
menari-nari dengan alunan senja
pergerakan yang sayu
lemah-longlai
seakan-akan tahu sesuatu
yang tak di-ingini akan berlaku

hati, kamu dengarlah
jangan kamu berdegil lagi
sudah tiada gunanya
dedaun pintu kamu itu
harus ditutup sahaja

mungkin hujan emas di negara orang
kita tidak tahu
doa, doa sahaja yang mampu kita berikan

dan mungkin, hari esok
rezeki akan datang menyinggah
tiba berlimpah-limpah
tapi untuk hari ini,
senja ini,
dibiarkan tutup sahaja
dedaun pintu kamu.

-f.z.k-

taken from myspace.com blogs