Memaparkan catatan dengan label feelings. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label feelings. Papar semua catatan

Selasa, September 23

kau sudah rugi satu kawan

apa perasaan kau, bila kau sudah tersilap langkah and got yourself an enemy, dan sebenarnya, exactly sebelum kau tersilap langkah itu, your new found enemy actually likes you. like, practically adored you. mesti kau rasa rugi, kan? pasal elok-elok kau dapat a friend who adores you, kau ikut nafsu, buat palat. dan kau dapat enemy which of course menyusahkan pasal kita makan-minum-jalan di satu kota durjana yang kecil. mahu atau tidak, mesti akan bertembung. somehow. dan saat aku bertembung dengan mereka who chose to be enemies rather than befriending me, kau tidak tahu betapa sakit hati aku macam ada tangan menyeluk ke dalam dada, squeezing hati aku yang tidak kuat, dan jus-nya akan keluar mengalir mengikut satu saluran yang disambungkan ke mata aku yang rabun ini.
persoalan sebenarnya, kenapa aku degil sangat mahu simpan perasaan sayang ini walhal terang-terangan i'm just torturing myself? perasaan root yang kemudian darinya lahir perasaan benci, dendam, sedih. tujuh bulan. jangka waktu itu sepatutnya sudah cukup to make me throw all these feelings away, kan? and please tell me it's not true, perasaan yang sedang buat aku sakit ini, namanya cinta kah?

Isnin, Ogos 25

beri aku tangan, dakapan dan good conversation

"kau cuti bila je?" aku cuba lawan bunyi geseran angin malam, holding tight on his skinny body.
"aku boleh cuti lepas tiga bulan kerja". aku jenguk meter, he was riding the scooter at 100 km/h. waktu malam, jalan kampung, tidak bertopi keledar.
"owh. nanti raya ni la kau cuti?" hujan renyai-renyai. aku menggigil sejuk.
"tu la. tapi kalau aku balik kl pun, bukannya ada sesape." hati aku tersentap.
aku lupa this long-time friend of mine sudah jadi yatim piatu.

kau tahu kan, getaways sahaja yang boleh keep my mind sane. being the mastermind of getaways, aku jadikan a colleague's wedding reception in the east satu alasan untuk kami berempat spend a night in cherating. we were lucky to get quite a comfortable place on a cheap rate considering it was still the school holidays and the state's royalties were in the area for an equestrian event. owh. aku lupa part lipas terbang dan yang cuba meng-camouflage-kan diri atas berus gigi aku. tidak mengapa pasal aku tidak menyimpan dendam. mungkin the other two roommate might have some grudge. hehe. an encounter with two long-time friends sent me back in time. walaupun sudah berubah but i still recognize the familiar parts on each of them. mills was amazed with this bizarre encounter. "macam awak, cuma versi lelaki." ya. sebenarnya ada segelintir lagi yang seperti kami, mills. kau cuma perlu tunggu the right time to meet them and see if you can handle us. geng, si kurus yang tidak ada masalah untuk bawa aku jalan-jalan dalam hujan renyai malam along the beach, sudah aku kenal 10 tahun yang lalu. boygem and i were in a band back in the early 2000. jadi malam itu, waktu teman travel yang lain sudah letih mahu berjalan, aku duduk berborak dengan kawan lama. tentang cerita yang jauh dari kota durjana, di tempat yang mereka panggil kampung yahudi kecil. "yang besar, tu ha. tempat geng keje tu." boygem cerita sambil menghembus asap rokok. aku fikir, beach life memang macam ini kan? lifestyle yang persis free thinker. jujur, aku semacam ada rasa gerun. ada suara halus kata yang aku tidak mahu end up like that pasal ya, aku memang jarang temu Dia, tapi aku masih ingat Dia, masih tahu yang hanya Dia boleh buat hati manusia tenang. cuma aku yang degil sedikit, malas sedikit. waktu dalam perjalanan pulang ke kota durjana, aku fikir. dan aku rasa. keadaan yang sangat keseorangan even though mills was just sitting next to me. sepanjang perjalanan, tiada satu pun pesanan ringkas di samsung kecil dan hanya satu panggilan salah nombor. aku fikir, kenapa perlu aku pulang ke kota durjana, there's nothing for me there. there's no one waiting for me, to greet me with a warm, friendly hug. well, mungkin ada juga yang menanti cuma aku tidak tahu. pesanan pada mereka yang sebenarnya menanti: tolong beritahu aku tentang perasaan itu. sesungguhnya aku rasa kosong, so damn alone di sini. bagi aku genggam tangan kau, cuddle dalam dakapan kau, have a good conversation with me. lelaki, perempuan. aku tidak ambil peduli, i just want those three beautiful, honest things. tapi macam susah mahu dapat yang itu.

jadi aku fikir lagi.

dan sekarang, aku mahu cari mereka yang aku kenal yang lonely. mungkin untuk mendapatkan tiga yang itu, aku perlu mula memberi yang tiga itu.

Selasa, Ogos 19

aku adalah pretty, pretty nights kau

beautiful nights
gorgeous nights
pretty, pretty nights

pada kau
pada kau
pada kau

untuk kau
untuk kau
untuk kau

aku mahu
jadi yang itu

pretty, pretty nights
untuk kau
untuk kau
untuk kau

hanya yang itu
hanya untuk kau


-fzk-

Rabu, Ogos 6

kau, pada aku, macam buku

manusia, yang kau come across dalam hidup kau adalah setiap seorang macam buku yang kau susun bertingkat-tingkat atas meja study. itu yang aku conclude sejak beberapa bulan yang lalu. tidak kira lah apa watak yang dipegangnya janji detik kau bertegur dengannya automatically dia akan jadi sebuah buku. ikut kau saja mahu insert his/her character into which book. starting as early as january this year, i've already stumbled upon a couple of different books; yang penuh dengan gambar, yang kurang gambar dan tiada langsung gambar. ada juga buku yang tertulis perkataan-perkataan indah, macam puisi. ada buku sketch yang aku ambil buat doodles di kala waktu-waktu kosong.
ada satu buku, agak tebal. penuh gambar dan juga perkataan. ada janji. but the rainbow in some of the earlier chapters lama-lama jadi pudar kemudian hanya tinggal outline sahaja. buku yang satu itu masih ada di atas meja, tapi diletakkan yang paling bawah. there's this one day, i nearly threw it away tapi aku kutip kembali pasal aku ini pelupa. dalam pada aku mahu melupakan cerita dalam buku itu, aku tidak mahu lupa segala-galanya. ada satu hari juga, aku mahu mulakan chapter yang baru dalam buku itu tapi sebenarnya, untuk memulakan satu sequel dengan jalan cerita yang telah wujud, agak susah. i'm not a real writer anyway. buku itu no doubt, adalah salah satu cerita favourite aku. kadang-kadang aku flick through the pages to peek on the pictures. buat aku senyum sendiri. tapi kalau ada angin yang saja mahu tengok aku tidak tenteram, kadang-kadang mahu dikoyakkan saja helaian mukasurat buku itu. the next book that i had pick was colourful. the pictures, were hand-drawn. buku itu aku panggil buku mimpi pasal ceritanya macam fairytale. very intimate. the kind of book yang kau baca waktu petang and you can't get out of the house because outside, it's raining cats and dogs so you chose to snuggle in your favourite three-seater sofa reading this book. buku yang juga ada typical love scenes; late night conversations, a walk in the park. tapi bukan terlalu fairytale because the characters didn't live happily ever after. itu hari, waktu aku mengalih perabot bedroom, aku terjumpa satu lagi buku yang semacam buku mimpi but instead of pictures, ada beautiful words. yang buat aku jatuh cinta sebagaimana aku jatuh cinta dengan character famous sir arthur conan doyle, sherlock holmes. i secretly think the english detective is hot. that's how far my imaginations can go. buku yang berprosa indah ini yang kadang-kadang tercatit idea-idea pelik buat aku tergelak sendiri. it's a good book. and i'm sure it's a favourite too among other dreamy people yang boleh lihat corak fascinating yang tersirat antara setiap barisan perkataan-perkataan itu. cemburu juga aku bagaimana si penulis boleh mencipta perkataan yang mampu menyelinap masuk ke dalam mimpi. ada beberapa buku yang berselerak atas katil bercerita tentang friendship. yang beberapa itu, aku kerap-kali flick through dan aku simpan elok-elok. diletak di tempat tidur pasal kalau aku lonely, aku boleh hold it tight, close to my heart. buku-buku yang ini, kau memang takkan boleh pinjam because you see, it's kind of a part of my life. those books that i've read, lebih kurang mempunyai lenggok yang sama tapi jika diteliti, masih ada perbezaan. manusia kan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. setiap buku yang aku baca itu, i pick out its best special points. jadi walau macam mana pun sama corak jalan ceritanya, masih ada perbezaan. in other words, kalau hilang, tidak boleh diganti dengan copy yang exactly the same.
tapi agaknya buku jenis apa yang aku akan jumpa in the future nanti?

Isnin, Julai 28

this hardcore moment should be cherished

dewa dewi mimpi, dewa dewi perasaan, dewa dewi cinta, dewa dewi harapan; you should be happy because you are gonna get that long holiday you've been wanting all these while. aku faham perasaan kau semua, penat dan bosan dengan kerja. ya, seperti aku juga. jadi aku beri kau semua cuti pasal malam yang satu itu, aku sudah dapat jawapan yang dicari-cari. walaupun aku tersadung sedikit tapi tidak mengapa lah. i've prepared for the worst to come. and it came. not exactly the way i predicted but it was quite the same. tapi aku tidak faham kenapa kau perlu shoot me back with that kind of question. aku tidak kisah kalau kau rasa i'm a loser for asking that peculiar question but at least aku jujur and now i've got my answer. satu score untuk malam minggu. malam yang sebelumnya pula, i've realized that the main personal reason i'm here in this world is just for sex. to be calling me out of the blue with the excuse you haven't seen me in a while and came up with a heavy hangover, cara kau memang salah untuk dapatkan apa saja that you had in mind at that moment. kalau kau rasa apa yang kau baca ini adalah a wrong impression i had on you, you know what to do. but i guess we both know, we are only each others' infatuation. nothing more, nothing less right? that's how you want it to be. jadi para dewa dewi, kau semua aku beri off day. sampai bila, aku masih belum pasti. just stay on-call. because nobody's hardcore enough.

"he's cute kan? tapi dia corrupted la." we skipped across the zebra lane.
"yeah. he's cute. but everyone else in this durjana city is corrupted. you, me, no exception." and we laughed our way up to the usual friday night hide-out.

Jumaat, Julai 25

laut yang tidak mungkin kau nampak dengan mata kasar

dalam kepala aku, ada satu lautan. kira-kira seluas infiniti. laut yang airnya warna biru kehijauan, langitnya biru sedap mata memandang. ada awan yang pelbagai bentuk.

tapi yang paling favourite, awan yang teksturnya macam pasir di pantai waktu air surut.

dalam laut itu, ada aku. i am no longer the daughter of the ocean that you are drowning in. i am the daughter drowning in my own ocean. tenggelam-timbul ombak mengacah aku. ada suara-suara mengelilingi aku. ada yang membisik, ada yang mengherdik. air laut rasa masin, persis rasa airmata kau yang aku jilat waktu memujuk. airmata semua rasanya sama kah? mungkinkah ada airmata yang rasanya macam lolipop yang warna merah, yang anak-anak kecil seronok kemam dalam mulut. dewa mimpi, i imagined, sangat cantik yang aku memang pasti airmatanya rasa manis buah. jadi aku agak keliru kenapa dia, semacam dengki akan aku. perlukah kau tiupkan mimpi-mimpi komplikasi ke dalam tidur aku? yang bermain-main dengan perasaan. tell me what i have to do to be your dear friend. a friend with benefits pasal aku ingin sangat tahu apa yang satu itu sedang mimpikan tatkala bulan di atas itu bercahaya kuat, melayan lagu-lagu rindu bagi yang tidak dapat melupakan. dan mungkin kau akan bisikkan ke telinga aku tentang perasaan jujur si dia itu. i'd give anything just to know. anything.

Khamis, Julai 24

unspoken words

yang ini aku belajar dari past experiences. some things are better left unsaid. but most of the things are not. unspoken feelings for instance, boleh buat kau tidak puas hati. boleh buat kau jadi gila.
tentu kau tidak dapat meneka bahawa aku nampak kau dalam tidur. berhari-hari lamanya. dan tentu sekali kau tidak pernah terlintas pun untuk meneka bahawa ada satu malam, we made love in the water. with protection.

Isnin, Jun 30

yang kita tidak mahu

yesterday evening anne called all the way from the island up north. mengadu mahu bunuh diri pasal semua di sana berpasangan kecuali dirinya. mengadu tiada yang mahu menolongnya mengangkat her belongings. mengadu bahawa mungkin she's so used to having someone to put on sun-block lotion on her back. sayang, tidak perlu bunuh diri pasal aku pun ada perasaan yang sama. perasaan yang kosong. kau ingat freda? aku dan dia confident yang kami akan grow old alone so she suggested for us to work hard now so that later when we're old we're going to build our own retirement house. tapi aku rasa itu sudah lari dari idea growing old alone. the thought of it makes me shudder. satu hari john. j tanya aku soalan yang pelik. 'kamu tak nak apa?' and i replied his sms with 'i don't wanna grow up alone and go crazy.' pasal malam sebelumnya walaupun dalam keadaan mamai, aku sempat habiskan menonton Requiem for a Dream. to grow old alone, jadi gila dan tiada sesiapa yang mahu menjaga aku adalah satu mimpi ngeri. i know i whine a lot tapi aku tidak mahu kisah hidup aku jadi salah satu kisah cerekarama di hujung minggu. kawan-kawan memang ada di sekeliling tapi bukannya selalu mereka mahu melayan perasaan aku yang kosong. atau perangai mengada-ngada. semuanya punyai masalah masing-masing. tidak perlu ditambah lagi beban-beban itu. aku rindu berpegangan tangan. juga asking freely for hugs to calm me down. "at least kau ada john. j." but we are not each other's. dan lagi susah kalau both of us are in denials. sometimes i feel like a burden to him. kerap dia ucapkan tentang kepentingan persefahaman dan mungkin aku ada masalah dengan itu. bukannya aku tidak faham, aku mahu faham. perbandingannya lebih kurang begini: aku tahu hujan boleh mendatangkan demam tapi aku masih bermandi hujan just for the fun of it. get it? and for me to be pissed at a certain situation, kadang-kadang buat aku rasa guilty pasal who am i kidding? who am i to be pissed anyway. aku tidak ada hak untuk berperasaan begitu. no strings attached, kan? berpaut lah aku pada sisi bangunan konkrit itu sampai tangan letih dan tidak dapat menampung lagi lalu jatuh di atas jalan tar. gatal mahu get involve, kan? i'll just wait for that bruises coming my way. owh. aku sudah dengar ia berdesir datang.

Isnin, Mac 10

these filthy feelings

aah. i still have a couple of tattoos to get rid off. perlu dihakis kasar dengan sebilah pisau. let it bleed and hurt so later it won't hurt anymore. pasal sudah kebas. because then, the tattoos won't be there anymore and everything will be forgotten. i'll become neutral once again.
weekend, i've been contemplating with myself. i'm happy. ada butir-butir excited, always changing colours: warm fuzzy ones. but why am i so pissed on stuff he's doing? why do i STILL have to care? i'm ignorant too. benci dengan perasaan yang jahat. aku benci bila aku moody. benci okay? bukan 'tak suka'.

oh Tuhan. i'm asking for your forgiveness and to lessen this filthy feelings inside of me. jealousy and revenge weakens me. buatkan hati aku bersih dari unsur-unsur negatif sesungguhnya aku sudah penat mempunyai perasaan ini. please make me strong so i can face my coming days and be a better person with a good heart.





tapi john, i like it how you held my hand just to pass me a sip of self-esteem. whenever my hand is in yours, i wouldn't mind drowning. let's drown again. life seems much better underwater.

Isnin, Mac 3

jealousy is unhealthy

standing in the middle of this open field with wild daisies swaying in harmony, the wind plays gently, swinging her cotton dress, clinking the small bells on her earrings to each other. inhaling deeply the scent of the ocean in the air, she closes her eyes and put the tip of her index finger inside her mouth. she then held up the wet index finger up in the air while listening to the whispering wind. slowly, her lips curved into a smile.

her friend, the wind, whispered in a very sweet calm tone;
"the wind of jealousy is heading your way. be strong, my dear for jealousy is unhealthy."