Rabu, Disember 31

typical year-end post

hadiah pertama aku dapat adalah phone number seorang jejaka yang selama ini aku rasa macam cool (dia cool pasal dia macam tidak kisah pun i posted a picture of him on this blog some months back). malangnya aku tidak se-cool macam dia, to give him a ring. jadi, aku insert-kan nombornya ke dalam koleksi-nombor-phone-sekadar-kenangan. besides, i heard he's already taken, for real, jadi tidak elok kalau mengundang benda-benda choy untuk tahun baru. dan i'll prolly fumble myself talking to him. biasalah, kalau sudah suka sangat nanti mesti kita akan buat perkara bodoh. jadi lately aku cuma suka tengok sahaja orang-orang yang buat aku rasa geli-geli pasal nanti kalau sudah start talking, misterinya hilang dan kurang seronok kalau apa yang kita sangka tentang dia sama-sekali tidak benar. macam that sculpture-lookalike dj yang macam graceful tapi bila aku start bekerja dengannya, aku macam tidak selesa dan malas mahu layan kerenahnya. aku ingatkan kes yang dahulu sudah buat dia pun malas berbicara dengan aku, malangnya sangkaan aku meleset. dia mai lagi cari aku. and being me, mulut aku selalu sangat berat untuk say 'no'. dan bila aku tidak suka tapi buat juga, i want to settle it fast. dan kerap kali eventnya aku iya kan saja guestlist yang dia offer tapi tidak pernah pun datang. cuma ada satu event, last week, yang aku pergi. last resort on a saturday night. well, dengan perangai aku yang macam ini, at least biar ada orang yang buat dia berpijak ke bumi semula. superstar dj? so? tapi ada sikit persamaan on our quirky style. hanya sedikit sahaja.

hadiah kedua adalah late supper with a guy yang aku tidak begitu pasti kenapa aku macam kemaruk sangat dengan dia. i was supposed to meet up with a girlfriend but she was busy jadi aku cari alternatif lain untuk cheer myself up. gila attention seeker. so childish. tapi tidak mengapa pasal aku memang mengaku pun yang aku memang tidak layak untuk menjadi dewasa lagi. kalau boleh, mahu saja aku pass-kan umur aku sekarang kepada adik aku pasal dia memang nampak lebih mature dari aku. plus the way she brings herself. sesungguhnya aku ini menghampakan. haih. anyway, this guy, he's dark-skinned and very married to his job. mili said, "he's cute and nice." (apparently bukan aku seorang sahaja yang berminat -__-). kadang-kadang aku rasa cemburu dengan dia, on how he's so into his job and still can stand alone proudly. secretly aku mahu jadi macam itu dan secretly juga, aku mahu jadi his job. haha. fat chance. from the looks of it, he's not interested pun. tidak mengapalah pasal aku pun sudah biasa simpan perasaan. malas mahu ambil risiko.

or maybe i just enjoy seeking attentions daripada mereka yang tidak gemar memberi attention.

oh well.

the persons that i wanted to get birthday wishes from didn't wish me. how pathetic aku ini. still dumb-hoping. still hoping yang mungkin suatu hari nanti we're going to bump into each other and live happily ever after. like i said, dumb-hoping, dumb-luck. he friggin' abused me emotionally, why the hell am i still holding on?

can somebody get me a dwarf bunny? i want to name it mimpi.

malam ini jangan lupa party, okay? get wasted, get a new year's kiss. 2009 will be good, besides the recession, of course. it's all about the laws of attraction.

2008 can kiss my ass.

Selasa, Disember 30

selamat tahun baru; times two

dan selamat ulang tahun kepada diri sendiri.

kenapa kita ucap, "selamat ulang tahun yang ke-(insert berapa tahun sudah hidup)!!!" bila tiba hari lahir seseorang? dan berseloroh meminta supaya umur yang baru itu akan lebih di-upgrade berbanding tahun yang sebelumnya. cuba kita say it again, together.

selamat ULANG tahun.

pause. rewind. play. REplay.

padanlah hidup aku every year macam serupa saja. rupanya i've been asking for the whole jinx thing all over again. ayat ucapan itu harus diperbaiki, kan?

selamat tambah umur!

doesn't sound good. ada idea bernas yang lain?

Rabu, Disember 24

perasaan sebatang pear-shaped tree yang tidak sedar dirinya sebatang pear-shaped tree

salah kah kalau kau berdegil untuk stand up for what you believe in, whether sebenarnya kau ada alternatif lain to ease things out? macam kau tidak akan makan nasi kerabu for it's bluish colour tapi kawan kau sudah pun terbelikan untuk kau for breakfast and everybody else have eaten their breakfast meal. you have to be nice and give in and repeat dalam kepala kau yang it's not really that bad, eating blue coloured rice, kan? that's human, kan?

jadi kalau aku decide that i can't/won't date very skinny, very fair guys or slightly shorter than i am, that's like, choosy sangat, kan? i mean, i bet dalam hati sesiapa yang kenal aku would say, "babe, cermin diri dulu, boleh tak?"

beggars can't be choosers.

but i can't be walking next to a very skinny boyfriend. i'll look bigger and i guess there'll be this question inside passers-by minds, "man, how did he survive this girl???". i'll prolly look like a drag. dan ada kemungkinan untuk aku break him. and not the very fair one because i'll look damn dark next to his porcelain skin. dan kalau cerah sangat macam lifeless, kan? no offense, okay but i think i'd prefer a werewolf than a vampire. iya lah, kalau kita ikut the saga by Stephenie Meyer. Edward Cullen macam reserved sangat, no fun. and a shorter boyfriend? duh. i guess it means no heels what-so-ever. like, out of respect, maybe?

now i sound very, very shallow, don't i? Tuhan pun sukakan benda yang cantik so why not us humans yang way too vulnerable? aku tidak kisah sangat being shallow pasal i bet there are thousands out there who're not interested (maybe loathe) curly hair-dark skin-fat people. haha. dan aku jadi macam tidak tenteram kalau ada kawan yang cuba sedaya-upaya untuk match-make-kan aku. dan aku rasa adalah sesuatu yang so out of this world if anybody's even have the slightest interest in me. jadi aku macam skeptical kalau anybody showed any interest, even if it's the guy that i'm so keen about.

ada satu hari aku macam rasa pandai sangat flirt. ada satu hari aku fikir, "weih. who am i kidding?!" and then suka sangat fall for those who're taken. either that or yang memang tidak tahu pun yang aku wujud. okay lah, mungkin dia ada perasan sebatang pokok besar yang curiously kalau dilihat from the corner of his eyes macam seorang perempuan yang tidak attractive. iya lah, pokok, kan...

teruk sangat ke kalau aku terlalu interested in tanned or darker skin guys and taller at least 2" than i am? and not skinny pasal aku ada habit suka peluk makhluk yang disayangi dari belakang plus aku suka cari sedikit comfort to calm me down from a hug.

beggars can't be choosers...beggars can't be choosers...beggars can't be choosers...

Isnin, Disember 15

of God, love and materials

i didn't go for kursus kahwin. besides, my sister just told me about a 6 hours course. we should check that out instead. but if any of you 'stumblers' know anything about this 6 hours course, please inform me, okay?

dalam hal ini, tidak perlu untuk sediakan payung sebelum hujan, kan? memang lah mahu mengelakkan dari menghadiri the more-than-2 days-course (pasal malas) yang digembar-gemburkan for next year but maybe it should do me good kelak. pasal aku tahu yang aku memang memerlukan a some kind of refreshers course in religion dan sub topics-nya. tolong jangan marah aku kerana melengahkannya pasal everyone ada tahap development-nya sendiri and i happened to belong to the slow group. miraclously, i know where i stand.

last weekend, a cousin of mine got engaged. there was this weird feeling lingering around inside of me. macam that doesn't-belong feeling. waktu cousins sedang sibuk cari pin tudung, call pihak lelaki yang tidak sampai-sampai, my thoughts wandered. will i be doing this somewhere in the future? should there be a big fuss nanti? buat masa sekarang, bila sampai waktu aku berkahwin or get engaged or anything in between nanti, i'd like something small, reserved. tapi bila difikirkan tentang mak, tidak mahu lah kecilkan hatinya. aku rasa kaum mak-mak memang suka fuss over things like these. i wonder if i'll fuss about it when i'm a 'mak'. tapi aku ini ada perangai ignorant. and i'm not organized, everything in my life berselerak, i forget easily. macam mana mahu handle wedding?!

okay. did i just fuss a little there?

we can't help having a little of our mothers in us after all, huh? jadi bila aku re-think pasal a reserved wedding (no merisik, no bertunang) aku kira-kira, rugi. baik aku buat semua, ikut adat. boleh kumpul cincin. kalau-kalau jadi macam kes artis malaysia, at least ada back up. now, now. don't i sound materialistic to you? tidak apa kalau mahu tuduh aku pasal bukan aku seorang sahaja materialistik dalam dunia ini. ramai lagi dan ada yang buat cara kotor. aku rasa plan yang bermain dalam kepala aku ini hanya sekadar minor. cinta yang nyata hanya pada Tuhan. cinta yang kedua adalah pada darah daging kau. yang lain boleh bertukar fikiran dan tinggalkan kau terkontang-kanting. so you need all the things to survive.

money, without love, is nothing.

love, without money, is nothing.

owh yeah. it's a friggin' cruel world. nyata atau maya.

Jumaat, Disember 12

aku mahu jadi pokok dalam pasu bunga di tepi tingkap bilik-mu pasal mungkin aku boleh selalu tonton kau tidur

esok aku pergi kursus kahwin.

seriously, in this condition, what was i thinking?

i should party tonight. seriously.

Selasa, Disember 9

blog dan kerenahnya

elle beritahu aku, yang aku hari ini dan aku beberapa tahun lepas macam lain sedikit. she said something like i'm too caught up in this stop-motion world created by of course, yours truly. dia kata aku terlalu caught up in the cyber world too. dan seperti biasa, aku cuma laughed at her statement pasal aku pun tidak begitu pasti tentang kebenaran-nya. i still remember this personal blog i kept reading years back. it was a girl's journal and i found the layout very attractive. jadi aku jadi nosy, asyiklah click to her blog. waktu itu, aku macam clueless tentang blog. macam mana mahu buat? perlu guna banyak-banyak codings ke? and some other stuff. she wrote something about how her feelings got turned down by some guy and was very devastated. lebih kurang macam catatan pathetics aku lah. ha ha. i think i even chatted with her tapi aku tidak ingat sama ada aku beritahunya tentang kes aku stalk blog dia. she was friendly because akhirnya aku dapat tahu yang she thought i was a guy. which buat aku agak risau juga tentang cara aku bergaul. gila, kan, kalau takut dan tidak begitu pasti dengan diri sendiri? jadi selepas aku mengatakan yang aku adalah perempuan (tulen, okay?!) she wasn't that friendly anymore. sedihnya jalan hidup aku. isk.

jadi beberapa tahun kemudian, aku mula blogging. macam best. memang asalnya aku menulis di dalam diari, about what happened in my life. tapi aku tidak menjadikan menulis setiap hari satu kemestian pasal, tentulah terlalu membosankan (did this line just made me sound like one of those people yang tergila-gilakan fame?!). i found out that my writings (ini my own personal opinion) sounds better kalau aku tulis tentang perasaan. well, this is fucken lame, tapi yeah, aku mula blogging pasal aku sedih. yang selebihnya, kau teka. aku cuba mahu tulis tentang general stuff but to no avail. aku mengaku, i started writing in english so that maybe i can work out on my grammars dan maybe my writings tidak hanya terhad pada rakyat Malaysia. eceh. tapi lama-kelamaan i was so into the perasaan dan lama-kelamaan juga, sebenarnya, isi-isi blog aku hanya ditujukan kepada seorang reader yang aku tidak pasti sama ada he was interested in reading it or not. dan ia pun berterusan. semua perkara yang aku tulis, semuanya untuk dia yang baca. wrote it in bahasa melayu/Malaysia instead supaya dia lebih faham pasal dia bukan jenis yang kalau tidak faham, akan ask around for the right meaning. itu yang aku tahu tentang dia. jadi walaupun aku mahu dia bertanya pada aku tapi i guess he needed to stand by his egos, aku flexible-kan diri aku untuk suite his moods. 2-3 blogs, semuanya untuk dia. tapi at the same time juga, aku jatuh cinta untuk menulis dalam bahasa melayu. aku terlalu cintakan lenggok bahasa ini.

hmm...aku sudah lupa the main point of this entry. aah. aku sudah ingat.

semalam agaknya. aku lupalah bila aku sibuk tekan-tekan butang channel televisyen kemudian ada rancangan tentang blog, RTM1 kan? i didn't pay attention to what they were conversing about tapi mata aku tertumpu pada bahagian bawah kaca t.v., ada questionnaire pasal patutkah blog ditulis sesuka hati. ini semua angkara pilihanraya itu hari, kan? isk. soalan yang terlalu pelik untuk aku.

pada aku, blog adalah ruang di mana freedom of speech berlampu hijau. kau register sendiri, jadi sukahati kau lah mahu tulis tentang apa, kan? make it personal, general, poems, jokes, kutuk-mengutuk, tentang apa-apa yang sama ada menyihatkan atau tidak. blog ini macam kelas karangan cuma topik yang kau mahu tulis adalah atas kehendak diri kau sendiri. dan sudah tentu, kau perlu juga biarkan minda kau terbuka untuk menerima comments. kalau malas mahu face the hate-comments, matikan sahaja comment-button. aku tahu, blog aku jarang dibaca jadi kebarangkalian untuk aku recieve hate-comments macam cetek lah. okay. sangat cetek. jadi aku macam tidak makan hati sangat macam para bloggers yang popular sampai boleh set trend. tapi ini pendapat aku. or maybe i didn't actually get the REAL meaning of the question yang dipaparkan oleh talk show tersebut (pasal aku ini ada kes short-term memory lost).

but anyway (sambil tahan gelak), patutkah blog ditulis sesuka hati, sebenarnya?

Khamis, Disember 4

a friend in need is a friend indeed, a friend with weed is better

the major rule in relationships, friendships and all those ships is: never date your bestfriend's ex-boyfriend. unless, kau mahu kepala kau to be chopped off. another meaning untuk suicide juga.

ya, kita semua tahu yang perasaan cinta tidak boleh dipaksa, yada-yada-yada tapi at least try hard in the first place to resist the feelings. kalau sudah jatuh cinta sangat-sangat yang tidak boleh dibendung, well, there's only one thing for your bestfriend to do: be happy for you pasal nama pun bestfriend, kan?

but i guess, ada a couple of bestfriend-pairs out there yang kerja mereka selain dari having girls' day/night out, slumber parties, tidak lain, tidak bukan adalah competing with each other. macam tidak boleh tengok the other party lebih sedikit, mesti mahu menang juga. contoh macam Blair and Serena in Gossip Girl (haha! okay. i totally dig that series pasal aku suka teliti the clothes). aku rasa, bestfriends should support anything together. any good things of course. kalau support jadi drug addict, aku tidak mahu campur. i bet you're a stupid person to be having that kind of a bestfriend. aah. aku baru teringat tentang satu perkara yang aku kerap timbulkan persoalannya dalam kepala aku.

you see, i have a couple of gay/transvestite friends. i love them because i managed to find the very good side of them. tapi, that's the problem. okay. kita ketepikan freedom of speech, freedom to choose or whatever lah kan. kau sayang kawan kau dan kau mahu jadi kawan yang betul-betul kawan. kawan kau mahu jadi pondan (kalau dari segi agama, everyone knows it's wrong pasal macam tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan) dan kau sebagai seorang kawan yang betul-betul kawan, sepatutnya lead kawan kau yang satu itu pulang ke pangkal jalan. i mean, that's the best solution right? tapi kau sayang kawan kau dan kau tidak mahu dia bersedih jadi kau pilih untuk support dia in anything that makes him happy which deep inside, is so wrong. selama aku berkawan dengannya, lebih kurang 7 tahun, aku selalu terfikir akan perkara ini.

and of course, the root of the problem, when you seriously think about it, adalah salah aku sendiri. pasal siapa suruh malas beribadat. pegangan agama pun tidak kukuh macam mana mahu lead another person to the right path? lagi-lagi mulut pondan. confirm kena laser makan dalam.