Selasa, November 25

kita bukan Tuhan dan Tuhan yang berkuasa pun tidak menyalah-gunakan kuasaNya

that evening, i cried when mili said that harsh IS my reality. i cried until the next day. i felt so alone and hurt. tapi memang itu yang aku perlukan. a slap in the face. lewat malam itu, aku macam mengadu, aku macam mahu get involve semula dengan what has got me irrational for sometime. lepas satu sesi menangis, aku tarik sebatang rokok, bakar, inhale-exhale kemudian flashbacks perkara-perkara dalam kepala dan sambung menangis.

owh. how pathetic. how very pathetic of me.

and all mili was interested in how it was embarassing for the other party to actually know that i was rotting inside. we look alike sometimes, even talk in the same sing-song style. tapi pendirian aku dan dia berbeza. i mean, there's nothing wrong with saying out what you want, right? even if you know that you won't have it in a million years but in the end, at least you can say to yourself, "oh well. i've tried."

aku juga tidak menyesal menyuarakan apa yang terpendam pada that bitch. i don't know why she had the nerve of asking me how i was doing and feeling guilty about the situation. tidak perlu ada guilt kalau kau rasa yang kau tidak bersalah dari awal lagi. tidak perlu juga jadi nice when you know that what you did will rot me more. mahu cuba jadi seorang yang prihatin? bukan pada aku.

last night, setelah beberapa kali attempt to finish up the whole movie, i managed to stay up until the credits for United States of Leland came out. he said, "you can't make things that happened, unhappen."

aku ini masih in a state where i can't think logically. for the meantime, i should just agree to that line from the movie.

Selasa, November 18

yang mahukan kau

"dan aku mahu main sorok-sorok, beri kamu baju aku, beritahu kamu aku suka kasut-mu kemudian duduk di anak tangga sambil kamu mandi dan urut leher-mu.

dan kucup wajah-mu, pegang tangan kamu dan pergi bersiar-siar. tidak kisah waktu kamu jamah makanan-ku dan jumpa kamu di Rudy's dan cakap tentang hari-hari dan cakap tentang hari yang kamu telah lalui dan tertawakan sifat paranoid kamu. beri kamu kaset yang kamu tidak dengar, tonton filem bagus dan tonton filem teruk dan merungut tentang radio dan petik gambar kamu waktu kamu tidur dan bangun untuk ambilkan kopi kamu dan minum kopi di tengah malam dan biarkan kamu ambil rokok-ku dan cerita pada kamu tentang rancangan yang aku tonton malam sebelumnya. tidak ketawa pada jenaka kamu dan mahu kamu di pagi hari tapi biarkan kamu tidur sebentar dan kucup belakang kamu dan belai kulit-mu dan beritahu kamu betapa aku suka akan rambut-mu, mata-mu, bibir-mu, leher-mu, dada-mu, punggung-mu.

duduk di anak tangga sambil berfikir sampai jiran-mu pulang. duduk mendagu di anak tangga sampai kamu pulang. dan risau bila kamu lewat dan terkejut kalau kamu awal. akan aku beri kamu bunga matahari dan hadir di jamuan-mu dan menari-nari. minta maaf bila aku salah dan gembira bila kau maafkan aku.

meneliti gambar-gambar kamu dan berharap yang aku kenal kamu selamanya. dengar suara kamu di telinga, rasa kulit kamu di atas kulit-ku dan takut bila kamu marah. aku beritahu kamu beautiful dan dakap-mu bila kamu resah dan pegang kamu bila kamu luka, mahu kamu waktu aku cium bau kamu, buat kamu marah bila aku pegang kamu dan tersedu bila aku di sisi-mu. dan tersedu bila aku bukan di sisi-mu.

bermain di dada-mu. menggomol kamu di malam hari dan sejuk bila kamu tarik selimut dan panas bila tidak. cair waktu kamu senyum, tidak cair bila kamu tertawa. tapi tidak faham bagaimana kamu fikir yang aku menafikan kamu bila sebenarnya aku tidak menafikan kamu dan aku fikir bagaimana kamu boleh sampai hati berfikir yang aku menafikan kamu. dan aku fikir siapa kamu sebenarnya tapi aku masih juga terima kamu.

dan beritahu kamu tentang si bidadari pokok, dan budak lelaki dari hutan ajaib yang terbang merentasi laut luas hanya untuk membisikkan perasaan cintanya pada kamu. aku belikan kamu hadiah yang kamu tidak mahu dan kemudian pulangkan-nya semula. dan aku minta kamu kahwini aku dan kamu kata, “tidak” tapi aku masih lagi bertanya pasal walaupun kamu rasa aku tidak maksudkan-nya tapi sebenarnya aku maksudkan-nya dari awal lagi. aku berjalan di bandar, berfikir. kosong tanpa kamu tapi aku mahu apa yang kamu mahu dan fikir. aku sudah tidak keruan.

tapi...tapi...tapi...aku beritahu kamu yang paling teruk tentang aku dan cuba berikan yang terbaik pasal kamu tidak layak benda-benda yang kurang. jawab pertanyaan kamu walaupun aku tidak mahu, beritahu kamu perkara sebenar walaupun aku seboleh-bolehnya tidak mahu dan cuba mahu jadi jujur pasal aku tahu itu yang kamu mahu.

dan fikir yang semuanya sudah berakhir, tapi masih menunggu untuk sepuluh minit sebelum kamu buangkan aku dari hidup-mu. lupakan-lah siapa aku dan biarkan aku mendekati diri-mu. dan seboleh-boleh-bolehnya sampaikan pada kamu perasaan yang melimpah-limpah, yang tidak terkata, yang tidak akan mati, cinta yang untuk selamanya...untuk kamu."


excerpt dialih-bahasa dari Crave by Sarah Kane.

waktu waras kau, pukul berapa?

itu hari, aku nyatakan isi hati yang runsing to a colleague. mulanya aku macam teragak-agak tapi, what the hell. i should just talk about it. her reply? panjang berjela juga. kalau waktu itu kami berbual face-to-face, bunyinya tentu macam dia sedang membebel. eerily reminded me of mak. heh. dia kata, "awak kena berfikir secara waras." eh, kenapa? dan aku persoalkan, "jadi bila masanya kita berfikiran waras?" to which she replied, "ha'ah ek?"

aku tahu aku lebih berfikir menggunakan hati, emosi dan perasaan. dan biasanya bahagian otak aku akan digunakan untuk perkara-perkara remeh. atau untuk buat kira-kira diskaun waktu membeli-belah. other than that, aku jarang mengaplikasikannya. kita selalu menggunakan ayat 'fikir masak-masak'. macam mana kita mahu tahu yang kita sudah berfikir masak-masak? dalam hidup, well, ini pendapat aku lah, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi in the future. jadi pilihan yang kononnya sudah difikirkan secara waras, semasak-masaknya, kau tidak mungkin tahu sama ada ia satu pilihan yang betul atau salah. you just have to take a chance on it. and then from there, you work on it. pilihan yang aku buat awal tahun, aku lupa sama ada aku sudah fikir masak-masak atau tidak. when i decided that was the path i should choose, it was because aku sudah tidak tahan. that day when mills asked me whether i still want to go through the shits i was in before, i asked her, "what shits?" i couldn't recall. mungkin aku seorang pemaaf dan forgets easily. yang bermain dalam kepala aku saat ini hanya yang bunga-bunga, yang warna-warni, yang macam air laut di favourite island aku. waras ke kalau macam ini? honestly, aku tahu aku tidak waras pasal reactions aku selalunya berdasarkan perasaan jadi bila aku rasa gembira, i can be the happiest person alive dan waktu hati aku tiba-tiba gundah, aku akan jadi the coldest ever.

walaupun aku tidak suka bermain kejar-kejar, tapi aku suka lari. jarang sekali aku menyelesaikan masalah pasal aku memang tidak suka sangat dengan matematik pun. jadi biasanya, agenda hidup aku akan tergantung begitu saja. tidak ada ending. that's how i was brought up. my parents, bermula dengan perang dingin, kemudian seperated without a word and now they haven't seen each other for a long time that i couldn't recall when was the last time they contacted each other.

atau sebenarnya, aku ini masih berlegar-legar dalam dunia sendiri. pasal sebenarnya, semuanya sudah selesai. cuma tinggal aku yang masih dalam denial. or maybe it's just out of curiosity.

jadi, bila masanya kita boleh berfikiran waras? bila waktunya kita tahu yang kita sudah berfikir masak-masak?

something about her

let me tell you about her. waktu aku bertemu dengannya, setelah sekian lama hanya berlaga bahu, entah angin apa yang menyergah each other untuk finally say something. wajahnya, pada aku, macam comel, macam ada darah kacukan. matanya, akan hilang setiap kali dia tergelak with her high-pitched voice. yeah, annoying sometimes. body language-nya yang bersahaja buat aku senang. sedekah senyumnya sangat banyak. tidak terkira. perwatakannya macam pelangi. very colourful.

tapi macam ada sesuatu yang menyorok di sebalik pergerakan dan lenggok bualnya. ada satu saat yang pantas macam kilat, hanya satu saat itu. she let herself transparent. matanya itu, macam kosong. senyumnya itu, macam palsu.

kemudian aku angguk perlahan. dia, tidaklah istimewa mana. dia, macam yang lain-lain, yang berlegar di kota, yang mencari jalan pulang. cuma mungkin yang ini berusaha tungkus-lumus untuk keep up with the current flow. tidak mahu apa yang mengganggu emosinya, mengganggu perjalanan sehariannya.

"eh, i ter-delete your number the other night. what was it again?" she asked, thumb on her handphone's keypad with a sweet smile pasted on her face. i smiled back.

very cheeky.

Selasa, November 11

of pills and stills

funny. the girl who took too much substances when she was a teenager made up some good hot stories about me last saturday night. sangat lucu. i think she's too delusional to differentiate between earth & space. it was something about someone telling her that i have a crush on a certain someone she's currently very into. the guy, he's funny like weirdly funny and i find it amusing yang dia pelat everytime pronouncing the letter 'R'. comel lah. setakat itu sahaja. rupanya, the reason too-much-substance girl didn't talk to me for the night and gave me killer glares was because she was jealous i was busy chatting with the pelat-R guy. so she made up stories about me having a crush on him.

she said, "i don't want to hate people anymore, but i really hate people who betrays me."
i totally agreed by saying, "yeah. like, nobody would like other people to betray them. me too."
tapi sebenarnya she was talking about me. haha. well, aku tidak bersalah jadi no need for me to terasa pedasnya. apparently every other people knew her delusional condition so they just told me to forget about it. no problem. mungkin dia agak bengang juga the fact that me and john.j were kind of dating each other back then, exactly after they dated each other. but seriously, me? a threat? come on!

these past few days aku ada sesuatu perkara unhealthy berlegar-legar inside my head. mungkin permainan hormon. only lastnight i felt so lonely that i called ben up and asked him to jog with me. and he did (i knew he would say yes because though he smokes a lot, he's kind of like, 70% health freak. i think). itu hari aku beritahu mili, "i've got a feeling if, if, IF we get back together, maybe i'd be a more chilled girlfriend, you know? since now that i know him inside-out." she kind of agreed tapi sempat add in, "but it's not a good idea." everytime i see him, everytime i feel his presence near me, ada satu macam feeling yang wrap itself around my body which drains out my happy soul. macam makhluk misteri dalam cerita harry potter. while driving, aku selalu dihantui oleh kenari hitam. automatically, badan aku akan jadi stiff dan bernafas dengan berhati-hati, takut ada orang dengar. gila.

honestly, i'm still here. still thinking about what went wrong. still thinking about him. and mood party aku sudah mula draining out.
need. to. find. other. legal. substance.

Khamis, November 6

talam plastik

there were mugs of alcoholic malt drinks on the table. the chair that we were sitting on, are made of hard-clear-plastic. macam kasut cinderella. aku ingat my first encounter dengan kerusi tersebut. di hotel luxurious sunway kalau tidak silap. al memerhatikan mereka yang keluar-masuk bar. kemudian dia cerita pasal salah seorang kawan perempuan yang di mana pada pendapat dia, macam poyo sangat. aku rasa kalau aku sebut namanya, kau mungkin kenal dia pasal she's cute but she had too much illegal substance since a teenager. aku cakap mungkin she was just trying to make a conversation with him. something yang pada dia, boleh link dirinya dengan al. he said, "apa dia ingat ni 5 years back ke? mana ada orang tanya pasal benda tu lagi these days." lepas itu, dia tanya aku sama ada i was backing her up. he said, "you're being too positive." aku balas, "al, i have to be positive. you wouldn't want me to be negative. seriously." dan aku explain yang aku sedang sedaya-upaya be nice to everyone. dia cakap lagi, "you have to stay true, girl." dan seperti biasa, aku terasa. self-involved kan?

hari ini, aku chat dengan a new-found-friend. dia pun menyatakan hasrat hatinya yang tidak berapa gemar dengan the crowds that i'm currently partying with. dia kata, talam dua muka. aku tidak menafikannya pasal, yeah, fakta yang itu aku sudah tahu since two years back. dan aku pula menyuarakan pendapat, "and i've got a feeling i'm slowly becoming one of them plastics." my close friends sure disappointed dengan aku sekarang. tapi nak buat macam mana? they are not currently in the mood for parties jadi aku cari crowd yang buat aku selesa to party with. but that's the thing with me, aku seboleh-bolehnya akan ambil point-point positive dari orang sekeliling aku. aku akan sedaya-upaya menolak jauh yang negative. kita tidak tahu what goes inside their head. mungkin nampak macam social climbers tapi maybe they too have problems of their own. we really don't know. currently they are kind of nice to me. so why shouldn't i just play along? who knows, one or two of them memang ikhlas berkawan dengan aku? but i'm not gonna bet on it.

Rabu, November 5

kalau aku shopping dengan mak, dia suka suruh aku bacakan expiry date barang yang mahu dibeli

perkara paling aku geruni yang mungkin akan terjadi pada suatu hari nanti adalah merebut seorang lelaki dengan darah daging sendiri. aku tidak mahu perkara itu terjadi sebab aku terlalu sayangkan my younger sister. kadang-kala memang, aku mengaku, self-confidence aku goyah dengan personalitinya yang menarik. tuhan, tolong jauhkan perkara sebegitu dari kami.

i wonder kalau tuhan balas, "amboi. solat selalu tinggal, tapi berdoa pada Aku, kau pandai."
it's not that i've lost faith. it's just that...i don't know how to explain this.

ada satu blog, milik seorang amoi hot yang aku selalu baca. i like her writings. and she's got good fashion sense. dia cakap setiap manusia ada tempoh tamatnya (expiry date) macam yang tertera pada barangan runcit. dan biasanya, macam mana kau deal dengan barangan runcit bila sudah tamat tempohnya? kau buangkannya. tidak elok, kan, simpan yang keruh? i have to practice that.