Selasa, November 18

yang mahukan kau

"dan aku mahu main sorok-sorok, beri kamu baju aku, beritahu kamu aku suka kasut-mu kemudian duduk di anak tangga sambil kamu mandi dan urut leher-mu.

dan kucup wajah-mu, pegang tangan kamu dan pergi bersiar-siar. tidak kisah waktu kamu jamah makanan-ku dan jumpa kamu di Rudy's dan cakap tentang hari-hari dan cakap tentang hari yang kamu telah lalui dan tertawakan sifat paranoid kamu. beri kamu kaset yang kamu tidak dengar, tonton filem bagus dan tonton filem teruk dan merungut tentang radio dan petik gambar kamu waktu kamu tidur dan bangun untuk ambilkan kopi kamu dan minum kopi di tengah malam dan biarkan kamu ambil rokok-ku dan cerita pada kamu tentang rancangan yang aku tonton malam sebelumnya. tidak ketawa pada jenaka kamu dan mahu kamu di pagi hari tapi biarkan kamu tidur sebentar dan kucup belakang kamu dan belai kulit-mu dan beritahu kamu betapa aku suka akan rambut-mu, mata-mu, bibir-mu, leher-mu, dada-mu, punggung-mu.

duduk di anak tangga sambil berfikir sampai jiran-mu pulang. duduk mendagu di anak tangga sampai kamu pulang. dan risau bila kamu lewat dan terkejut kalau kamu awal. akan aku beri kamu bunga matahari dan hadir di jamuan-mu dan menari-nari. minta maaf bila aku salah dan gembira bila kau maafkan aku.

meneliti gambar-gambar kamu dan berharap yang aku kenal kamu selamanya. dengar suara kamu di telinga, rasa kulit kamu di atas kulit-ku dan takut bila kamu marah. aku beritahu kamu beautiful dan dakap-mu bila kamu resah dan pegang kamu bila kamu luka, mahu kamu waktu aku cium bau kamu, buat kamu marah bila aku pegang kamu dan tersedu bila aku di sisi-mu. dan tersedu bila aku bukan di sisi-mu.

bermain di dada-mu. menggomol kamu di malam hari dan sejuk bila kamu tarik selimut dan panas bila tidak. cair waktu kamu senyum, tidak cair bila kamu tertawa. tapi tidak faham bagaimana kamu fikir yang aku menafikan kamu bila sebenarnya aku tidak menafikan kamu dan aku fikir bagaimana kamu boleh sampai hati berfikir yang aku menafikan kamu. dan aku fikir siapa kamu sebenarnya tapi aku masih juga terima kamu.

dan beritahu kamu tentang si bidadari pokok, dan budak lelaki dari hutan ajaib yang terbang merentasi laut luas hanya untuk membisikkan perasaan cintanya pada kamu. aku belikan kamu hadiah yang kamu tidak mahu dan kemudian pulangkan-nya semula. dan aku minta kamu kahwini aku dan kamu kata, “tidak” tapi aku masih lagi bertanya pasal walaupun kamu rasa aku tidak maksudkan-nya tapi sebenarnya aku maksudkan-nya dari awal lagi. aku berjalan di bandar, berfikir. kosong tanpa kamu tapi aku mahu apa yang kamu mahu dan fikir. aku sudah tidak keruan.

tapi...tapi...tapi...aku beritahu kamu yang paling teruk tentang aku dan cuba berikan yang terbaik pasal kamu tidak layak benda-benda yang kurang. jawab pertanyaan kamu walaupun aku tidak mahu, beritahu kamu perkara sebenar walaupun aku seboleh-bolehnya tidak mahu dan cuba mahu jadi jujur pasal aku tahu itu yang kamu mahu.

dan fikir yang semuanya sudah berakhir, tapi masih menunggu untuk sepuluh minit sebelum kamu buangkan aku dari hidup-mu. lupakan-lah siapa aku dan biarkan aku mendekati diri-mu. dan seboleh-boleh-bolehnya sampaikan pada kamu perasaan yang melimpah-limpah, yang tidak terkata, yang tidak akan mati, cinta yang untuk selamanya...untuk kamu."


excerpt dialih-bahasa dari Crave by Sarah Kane.