Selasa, November 18

waktu waras kau, pukul berapa?

itu hari, aku nyatakan isi hati yang runsing to a colleague. mulanya aku macam teragak-agak tapi, what the hell. i should just talk about it. her reply? panjang berjela juga. kalau waktu itu kami berbual face-to-face, bunyinya tentu macam dia sedang membebel. eerily reminded me of mak. heh. dia kata, "awak kena berfikir secara waras." eh, kenapa? dan aku persoalkan, "jadi bila masanya kita berfikiran waras?" to which she replied, "ha'ah ek?"

aku tahu aku lebih berfikir menggunakan hati, emosi dan perasaan. dan biasanya bahagian otak aku akan digunakan untuk perkara-perkara remeh. atau untuk buat kira-kira diskaun waktu membeli-belah. other than that, aku jarang mengaplikasikannya. kita selalu menggunakan ayat 'fikir masak-masak'. macam mana kita mahu tahu yang kita sudah berfikir masak-masak? dalam hidup, well, ini pendapat aku lah, kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi in the future. jadi pilihan yang kononnya sudah difikirkan secara waras, semasak-masaknya, kau tidak mungkin tahu sama ada ia satu pilihan yang betul atau salah. you just have to take a chance on it. and then from there, you work on it. pilihan yang aku buat awal tahun, aku lupa sama ada aku sudah fikir masak-masak atau tidak. when i decided that was the path i should choose, it was because aku sudah tidak tahan. that day when mills asked me whether i still want to go through the shits i was in before, i asked her, "what shits?" i couldn't recall. mungkin aku seorang pemaaf dan forgets easily. yang bermain dalam kepala aku saat ini hanya yang bunga-bunga, yang warna-warni, yang macam air laut di favourite island aku. waras ke kalau macam ini? honestly, aku tahu aku tidak waras pasal reactions aku selalunya berdasarkan perasaan jadi bila aku rasa gembira, i can be the happiest person alive dan waktu hati aku tiba-tiba gundah, aku akan jadi the coldest ever.

walaupun aku tidak suka bermain kejar-kejar, tapi aku suka lari. jarang sekali aku menyelesaikan masalah pasal aku memang tidak suka sangat dengan matematik pun. jadi biasanya, agenda hidup aku akan tergantung begitu saja. tidak ada ending. that's how i was brought up. my parents, bermula dengan perang dingin, kemudian seperated without a word and now they haven't seen each other for a long time that i couldn't recall when was the last time they contacted each other.

atau sebenarnya, aku ini masih berlegar-legar dalam dunia sendiri. pasal sebenarnya, semuanya sudah selesai. cuma tinggal aku yang masih dalam denial. or maybe it's just out of curiosity.

jadi, bila masanya kita boleh berfikiran waras? bila waktunya kita tahu yang kita sudah berfikir masak-masak?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila kau rasa dah tak boleh fikir lagi. bila kau dah tak boleh buat apa lagi. bila satu-satunya keputusan yang kau rumuskan berada betul-betul depan kau. bila kau dah sedia.

fictionita berkata...

then i guess i'm still not ready...