Selasa, November 20

cynical sudah ditanam awal-awal lagi

aku seorang yang selfish (bukan penjual ikan. tapi self-ish). apa yang penting buat aku, adalah orang-orang yang banyak mempengaruhi kitaran hidup aku: teman, kekasih hati. teman tapi mesra tidak tergolong. orang-orang yang penting buat aku, kadang-kadang very unlucky. sebab mereka terpaksa berhadapan dengan bahagian aku yang lebih ketara dari friendly, iaitu cynical. bukannya aku tak cuba, tapi aku cuba menahan diri dari menjadi seorang yang cynical & cold-hearted terhdap orang-orang yang penting buat aku. jenis orang-orang yang kalau hilang, hilanglah arah tuju aku. gone-lah tempat mengadu aku. aku selalu menyanjungi mereka yang disayangi ini. aku tak mahu mereka terluka dek kata-kata harsh aku. sesungguhnya, aku tidak pandai untuk berbicara dengan lembut. aku tak tahu selok-belok menjadi shrink yang berjaya. betul. aku sayang orang-orang penting ini. dan kamu, wahai orang-orang penting, aku minta diberikan sedikit ruang untuk aku yang kadang-kadang cynical ini. aku masih berusaha. aku cuba memahami kamu, menerima. do the vice-versa for me please?

ya. aku akan berbahasa melayu dalam bersenandung konspirasi. bila aku marah, sedih atau dalam apa jua bentuk emotionally distractions.

Tiada ulasan: