Rabu, April 15

kalau boleh, minggu depan mahu repeat jadi selamba. kalau boleh.

ada salah seorang penduduk Klang Valley yang berkaki panjang cakap aku selamba. kebenaran di situ cuma 5%, mungkin. tapi last weekend, aku memang confident yang aku selamba.

pasal petang sabtu, aku bergolek-golek atas katil Mili, alone at home. ada a few hundreds in the bank tapi aku sudah muak dengan kota durjana. dalam kepala aku waktu itu, ada dacing: satu piring ada singapura, satu lagi ada pulau. aku cuba brushed it off dan ajak Elle pergi ke Pulau Pinang instead. dia cakap, "kau nikenapa? ada apa kat sana???". aku forwarded the same message to Mili dan dia balas, "ada apa kat Penang? kita pegi Perak la." aku terus terfikir tentang bijih timah dan perlukah kami melombongnya??? destinasi yang dia suggested macam lari konsep (well, she could've just said Taiping in the first place). kemudian aku text a friend who's already on the island (yang berada dalam salah satu piring dacing aku). aku tanya, "brapa ramai orang KL kat pulau tu?" pasal aku macam liat sikit kalau ramai orang yang ada possibilities aku kenal juga on that island. he said just 20%. masalahnya aku fail matematik jadi aku anggap macam sikit. kawan aku cakap cuaca waktu itu, panas dan i should be there too. di luar tingkap bilik Mili, hujan lebat. aku fikir, i've got a few monies, why not?

pukul 3.30 petang, aku capai kunci kereta dan memandu ke hentian bas. aku beli dua tiket bas, trip pukul 9.30 malam, destinasi: Kuala Besut.

sampai di jeti, aku beli tiket bas pulang, "kak, tiket balik KL kitorang belum beli lagi."
"okay. bila nak balik?"
"tiket esok malam ada?"
"hah?! esok kelik doh? sekejaknya datang."
apparently Mili had some dinner she had to attend on Tuesday evening so it'll be quite tiring for her if get the Tuesday morning trip back.

aku tidak beritahu akan kedatangan kami to the island. well, i did text him up tapi aku memang jangka yang dia ingat i wasn't serious about it. jadi bila aku jumpa dia dan my other ex-boyfriend di depan reception chalet, ada muka kagum pasted on their faces. sambil geleng kepala, Nabid tanya, "macam mana korang boleh sampai sini?"
"naik bas, naik bot."
"ni bila korang balik?"
"esok malam."
"PERGGHHH! baik takyah datang"
"hey! that's not nice! KL bosan, so why not?"

jadi, last weekend aku macam selamba. 1) tanpa berfikir panjang, aku lari ke pulau untuk one-night-stay. 2) salah seorang ex-boyfriend yang aku suka mahu elak dari bertembung ada di pulau yang sama.

tapi last weekend saja. lain hari, aku tidak selamba sangat.

5 ulasan:

[n] berkata...

Bestnya!

I wish I can do the same tapi apakan daya, sedang pokai.

Tanpa Nama berkata...

selambe + random = freedom

sarahistheone berkata...

wow i suka this one i baca banyak kali gak. i like to follow my heart jugak, being impulsive but god knows where it leads me lah kan.

the unknown berkata...

were u happy to see him?

r u sure bein there has nothin to do with him?

:P

fictionita berkata...

well, it was awkward but i tried to act cool abt it. & yes, i'm very sure i went to the island because i wanted to. nothing to do with that part of my past.