Rabu, Mei 6

alasan yang poisonous

itu hari aku borak dengan blogger kegilaan ramai. Mamat sibuk mahu tahu tentang perkembangan industri muzik tanah air. okay. more about the people involved in the industry. kenapa tidak mahu call saja dia? sudah tidak berkawan lagi kah?

and i asked him how the hell did he do it, got so far as where he is now. pasal seingat aku, he didn't take up the same course when he was studying back then. atau aku sudah silap info. Mamat beritahu aku yang aku perlu cari style aku jadi kalau ada clients yang mahu khidmat aku, they know what to get from me. dan di situ lah aku punya masalah besar. pasal aku memang tidak ada style tetap. aku buat sesuka hati, ikut mood. apparently, i don't even know what i want.

even blog aku. kalau antara kau yang ada masa untuk baca my previous entries, memang ada perubahan mendadak dari first fews kepada apa yang ada ini hari. link untuk blog ini juga pernah bertukar, kalau ada yang perasan tapi aku budget tidak ada sesiapa sangat yang perasan pasal tidak penting pun. kadang-kadang, hari Ahad, aku rasa mahu berpuitis. bila datang hari Isnin, aku mahu post entri yang marah-marah. hari Rabu pula tiba-tiba rasa macam mahu tulis fiksyen. hari Khamis aku rasa macam mahu post apa yang aku buat for the day, saja mahu kongsi cerita bosan dengan anonymous yang surfing the blogosfera. i don't have a specific trademark. macam mana mahu decide on your specific trademark? bukankah sepatutnya it comes naturally?

aku kira even kawan-kawan rapat aku pun tidak boleh decide trademark aku macam mana. okay. apart from my looks lah.

at this very moment, instead of posting an entry here, i should be brushing up my portfolio. tapi aku tidak tahu mahu mula di mana. ada orang pernah cakap pada aku, sesuatu perkara itu tidak akan berjaya kalau dikaburi dengan alasan which brings us back all the way to 'where there's a will, there's always a way'. kalau mahu, seribu daya; kalau tidak mahu, tidak payah buat apa-apa. cuma kemukakan alasan demi alasan.

Tiada ulasan: