Selasa, Mei 6

conversation tentang perempuan

lelaki. light up a cigarette. come and have a conversation with me.

kenapa perlu bergundah-gulana kerana perempuan? kenapa kau perlu rasa yang perempuan itu perosak seseorang lelaki? mereka manusia. punya perasaan. kadang-kadang complicated macam kau juga. the real secret to tame a girl is just like A-B-C. kau cuma perlu turunkan satu batu-bata ego kau. dan perempuan yang buat jiwa kau berkocak itu akan melentokkan kepalanya di bahu kau, akan mahu untuk bersama kau selama mungkin yang perlu. all you have to say is sorry. tidak perlu berulang kali untuk menunjukkan yang kau betul-betul menyesal. once is enough because twice is annoying. thrice is like you're not really serious and sincere about it. lelaki tidak perlu melutut di depan perempuan untuk memujuk, hanya mungkin tunduk sedikit. bow a little bit and she'll grab the hand that you offer. kau perlu tunjuk pada dia yang walau apa pun yang terjadi, pangkuan dia yang kau akan cari bila kau kehilangan, usapan lembut tangannya yang kau tagihkan bilamasa semuanya tidak kena. tidak perlu laungkan pada dunia untuk membuktikan kejujuran kau. bisikan di telinganya sudah cukup memadai. kerana apabila kau berlaung, perempuan yang lain, yang tiada kena-mengena akan mula tertarik dan perempuan yang kau cinta, rohaninya akan mula bergoyah, risau. kemudian cemburu buta. dan saat itu kau akan menyesal. kau juga perlu tahu tentang politik. bukan yang dibicarakan di dewan rakyat parlimen. tapi tentang politik cinta. kau perlu bijak mengendalikan kuasa politik kau. ya, politik memang dasarnya kotor tapi untuk menang, kau perlu tahu selok-beloknya.

okay. you can light up another cigarette if you like.

lelaki, yang remeh pada mata kau adalah yang penting di mata dia. leceh, aku tahu itu yang kau sedang ucapkan dalam hati. hal peperangan dunia tidak begitu penting untuk kau masih menggenggam dia. kau cuma perlu mendalami hatinya, layan dia sepertimana kau sendiri mahu dilayan. mungkin dia bukan seperti perempuan yang lain tapi dia masih dipanggil perempuan. trust me, relationship miscommunication always start off from the littlest things. the ones you brushed away because you thought she wouldn't realize to even give a damn about it. jangan sampai tersilap langkah. pasal kemudian kau akan pening dibuatnya. tapi jika kau sudah pun tersadung, tidak mengapa. say sorry and admit what you did wrong. really. it's that easy.

lelaki, perempuan tidaklah sepayah yang kau sangkakan.

3 ulasan:

Rmywvs berkata...

agreed! :)

Tanpa Nama berkata...

mm..touche!

a good tips for guys btw.

Tanpa Nama berkata...

hmm slalunya kerana ego lah yg akan mengatasi segalanya..