Selasa, Julai 8

kehilangan-kehilangan

dalam kepala aku, ada kisah tentang aidilfitri yang lepas-lepas. juga aidilfitri yang akan datang nanti. perayaan yang aku rasa semakin suram pasal my grandmother passed away last friday, exactly after zuhur. mili and i rushed ourselves to seremban and managed to catch a glimpse of her before she was buried. a favourite cousin of mine said, "sedih lah. sebab hari tu dia asyik cakap nak jumpa mak lang." mak lang happens to be my mother. actually, i was never that close with mak's mother instead i was closer to abah's late mother, tok mi. but i didn't get to go to her funeral because i was with mak at cameron higlands at that time. no. kau tidak perlu main guessing game tentang sistem keluarga aku. sudah aku diajar dari kecil tentang rahsia yang tidak perlu diceritakan kepada sesiapa, walaupun teman rapat. tapi aku boleh kongsi yang ini: keegoan aku datang dari mak, silent treatment aku datang dari abah. fikiran aku tidak boleh fokus ke atas satu perkara sahaja over the weekend. minda aku melompat dari satu hal ke satu hal. sms yang aku hantar pada kau, yang kononnya paling penting buat aku, hanyalah sesuatu yang aku rasa boleh dikongsi. aku cuba tolak tepi apa yang terlalu merunsingkan jadi aku alihkan perhatian pada yang hanya main-main, yang tidak kekal. kau tahu, belum hujung tahun lagi, aku sudah ada banyak kehilangan. tidak hairan pasal aku ini memang seorang yang cuai. antara kehilangan-kehilangan aku adalah hati yang terang. macam handphone yang mute dan tidak bernyala yang kalau kau tercicir, pasti kau tidak akan perasan dan mengambil masa untuk mencarinya. jasmani aku mungkin nampak elok, rohani aku sebenarnya tidak tahu ke mana. bukan salah sesiapa. salah aku sendiri pasal aku pun bukan anak kecil lagi, boleh menggunakan minda yang dikurniakanNya dengan elok. dah. aku mula mengeluh lagi, kan? i've decided that it's okay for me to whine here, in this digital world. tapi rasanya aku sudah kurang mengeluh diantara teman rapat. itu yang aku rasa. i should better keep things just to myself. aku rasa tidak mengapa kalau ada dinding di sekeliling aku. kalau kau rajin untuk take it off, brick by brick, feast yourselves. tapi lepas itu giliran aku pula untuk have a feast building it up again.

untuk darah daging aku yang sudah tiada, yang sudah kembali kepadaNya, Al-Fatihah.

8 ulasan:

Cool berkata...

which part of seremban? parents akuk dok seremban

fictionita berkata...

to jiji: kat stadium situ.

Cool berkata...

yek le.. dekat je ngn umah akuk.. paroi jaya meh?

fictionita berkata...

to jiji: owh. umah kau kat paroi ke? kat paroi tu ada pasar tani best kan? aku tak pernah pegi. kat area situ ada bundle best tak? kawan aku selalu je cerita kat aku.

Cool berkata...

ada je.. ko try kat Ampangan ada satu kat area kedai makan. Satu lagi belakang The Store.

Pasar tani aku tak pi ahhh.. bngn lambat@!~

hur hur hur@!~

my name is n.u.v.e.r.a berkata...

al fatihah to arwah.

fa. yup! ko dah kurang mengeluh!! yes. u do! yeah yeah!!! shop shopp lagi eh!!! sonok..!!!

sarahistheone berkata...

hope you are fine. i used to hate my grandma now fikir dia dah tua, tak baiklah kan

fictionita berkata...

to n.u.v.e.r.a.: thanks. aku dah kurang mengeluh, kan? bila rasa tak best, aku tido. things will be alright when i wake up.

to sarah: i'm fine, thanks. dulu i mcm cemburu dgn my cousin because she's very close to my nenek. but as times went by, i got the hang of it.