Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan

Jumaat, September 5

lagu cengkerik

waktu senja
buat aku
rindu

senyuman
yang kau
nampak
ketawa
yang kau
dengar
hanya palsu

se-palsu
perasaan aku

waktu senja

buat aku

sunyi


-fzk-

Selasa, Ogos 19

aku adalah pretty, pretty nights kau

beautiful nights
gorgeous nights
pretty, pretty nights

pada kau
pada kau
pada kau

untuk kau
untuk kau
untuk kau

aku mahu
jadi yang itu

pretty, pretty nights
untuk kau
untuk kau
untuk kau

hanya yang itu
hanya untuk kau


-fzk-

Selasa, Ogos 5

conversation dalam dua hati

memori
kejutkan aku
goncangkan aku
buat aku sedar

waktu
bisik pada aku
bila detiknya
mana episodnya

aku mahu tahu
hatinya lari
ke mana
hatinya lari
kenapa

hatinya lari jauh
tak mahu pulangkah?


***


setiap detik yang
aku lalui
ada suaramu
berbisik

setiap wajah yang
aku pandang
ada matamu
bertentang

aku mahu pulang
cuma aku tak mampu

kita tak mampu
takkan
termampu



- 32 X 2946 -

Selasa, Julai 29

ada aku kah?

terbang mengelilingi
meneliti
satu kemudian satu

berjengket-jengket
mengintai di sebalik
meneliti lagi

kau yang sedang mendagu
fikir apa kah?
mimpi apa kah?
mungkin ada aku kah?

dongak sini
ada awan comel
bentuk hati
tolong senyum
awan ini
kau yang punya

tangan aku
ada lima makhluk kecil
yang merindui
yang lagi lima
yang di tangan kau





come on
be my lover now
and kisses
on your eyes
shall be my gift

-fzk-

Selasa, Jun 3

mahu

kadang-kadang aku mahu menyandar
di atas bumi, di kalangan lalang-lalang
di belakang rumah mu
aku sampaikan isyarat angin
buat kamu mendongak menonton
awan berarak
dan senyum bak bidadari
dalam tidur ku

kadang-kadang terasa enak
lalang di lidah
tatkala aku dan angan-angan terapung
tangan aku erat dalam tangan kamu
terasa arus positif
dan yang negatif terusan lenyap

dan mungkin juga selalu

aku
mahu
kamu



-fzk-

Isnin, April 14

senandung konspirasi

di sudut usang itu
tinggi melangit
yang tiada langsung tarikannya
kelihatan seekor labah-labah
mengait tekun
satu konspirasi
tentang rahsia
yang hanya si pengait tahu

si labah-labah yang mencari mangsa
mengisi perut yang kosong
meniti hari-hari mendatang
meneruskan kehidupan
dan dalam kehidupannya yang tidak begitu penting
pada mata-mata kasar
dia punya rahsia

seperti manusia yang sibuk
melangkah lalu-lintas di kota
yang bersut hitam
sibuk membincangkan hal dunia
dan bila tiba malam
senantiasa rindu akan sesuatu
konspirasi peribadi yang bermain
di setiap penjuru kepala mereka

di sebalik perkataan-perkataan
yang aku eja satu-persatu dan ucap
ada satu konspirasi
yang aku senandungkan
sebelum terlena
dibuai mimpi
menggapai bintang di langit gelap

-fzk-

Khamis, April 10

nyah-kan

air yang jatuh menimpa ubun kepala
diwaktu pagi subuh tadi
buat aku terkejut lalu statik

1...2...3...

bangkit!
aduh!
masa-masa yang lampau apa yang aku untung?
kosong
rugi banyak dalam diri, luar ini

ini sifatnya yang perlu aku nyah-kan
ini sifatnya yang tidak perlu aku kawan-kan
pergi!
mampus!
jadi selama ini aku hanya bahan ketawa, bukan?

nah!
aku sudah bangkit
dan kamu, wahai penghuni kota durjana

jaga kamu.

-fzk-

Selasa, Februari 5

morning after

-f.z.k.-


i was browsing around my old blog account and came across this. bila baca balik, i thought, not bad. haha. well, it's up to you people to judge.

Jumaat, Februari 1

angin rerama




petang yang suram
aku berjalan
mengheret berat kaki
tapi tidak bertuju
langit yang kelabu
bak warna konkrit
membuahkan suatu perasaan

lalu hinggap seekor rerama
di bahu kiri
sayapnya hijau biru kuning
bergetar memberi petanda
sukar untuk aku fahami
persoalan yang tiada jawapan

hei misteri
angin apa ini
buat aku sejuk
buat aku terlalu ingin tahu
mengorek rahsia
tak keruan mencari penyelesaian

jantung ku berdebar
bak getaran sayap si rerama

misteri apa ini?
dan...


kenapa aku tersengih bodoh?

-f.z.k.-

Khamis, Januari 17

senja jingga


warna jingga yang menghiasi langit
dialunkan dengan ungu yang malu
waktu senja indah bagaikan puisi

dan hati ini
menari-nari dengan alunan senja
pergerakan yang sayu
lemah-longlai
seakan-akan tahu sesuatu
yang tak di-ingini akan berlaku

hati, kamu dengarlah
jangan kamu berdegil lagi
sudah tiada gunanya
dedaun pintu kamu itu
harus ditutup sahaja

mungkin hujan emas di negara orang
kita tidak tahu
doa, doa sahaja yang mampu kita berikan

dan mungkin, hari esok
rezeki akan datang menyinggah
tiba berlimpah-limpah
tapi untuk hari ini,
senja ini,
dibiarkan tutup sahaja
dedaun pintu kamu.

-f.z.k-

taken from myspace.com blogs

Rabu, Oktober 3

berlari ke sudut

dan aku mula melangkah satu demi satu
mencari sudut yang tidak akan memuntahkan aku
suatu sudut yang akan memberi aku perlindungan
dari cahaya yang datang tercari-cari
terasa diri ku kecil, rendah dan kerdil
aku faham akan manusia sekeliling
yang sudah letih dengan bebel ku
yang tidak langsung memberi apa-apa keuntungan untuk mereka
mereka sudah sengaja memekakkan telinga
aku tidak mempersalahkan mereka
kerana hanya pada aku seorang
jari itu harus di tuding
adakah ketagihan yang melanda diri ku yang sesat ini?
mengapa aku masih mencari manusia
menuding jari kepada mereka
memburukkan mereka tanpa menghiraukan kebaikannya?

dan langkah ku mulai melaju
mula berlari-lari anak
mula berlari dangan pantas sampai sekitar menjadi kabur
kepada sudut yang sedang mendepa-kan tangannya
sudi menerima aku yang teresak-esak ini

-f.z.k.-