Selasa, Jun 3

mahu

kadang-kadang aku mahu menyandar
di atas bumi, di kalangan lalang-lalang
di belakang rumah mu
aku sampaikan isyarat angin
buat kamu mendongak menonton
awan berarak
dan senyum bak bidadari
dalam tidur ku

kadang-kadang terasa enak
lalang di lidah
tatkala aku dan angan-angan terapung
tangan aku erat dalam tangan kamu
terasa arus positif
dan yang negatif terusan lenyap

dan mungkin juga selalu

aku
mahu
kamu



-fzk-

2 ulasan:

irondanwine berkata...

ma'am, this is one good looking blog.

calm.

cheers.

fictionita berkata...

to irondanwine: thank you. and u've always been a favourite blogger of mine :)