Khamis, Januari 17

senja jingga


warna jingga yang menghiasi langit
dialunkan dengan ungu yang malu
waktu senja indah bagaikan puisi

dan hati ini
menari-nari dengan alunan senja
pergerakan yang sayu
lemah-longlai
seakan-akan tahu sesuatu
yang tak di-ingini akan berlaku

hati, kamu dengarlah
jangan kamu berdegil lagi
sudah tiada gunanya
dedaun pintu kamu itu
harus ditutup sahaja

mungkin hujan emas di negara orang
kita tidak tahu
doa, doa sahaja yang mampu kita berikan

dan mungkin, hari esok
rezeki akan datang menyinggah
tiba berlimpah-limpah
tapi untuk hari ini,
senja ini,
dibiarkan tutup sahaja
dedaun pintu kamu.

-f.z.k-

taken from myspace.com blogs

Tiada ulasan: