Jumaat, Februari 1

angin rerama




petang yang suram
aku berjalan
mengheret berat kaki
tapi tidak bertuju
langit yang kelabu
bak warna konkrit
membuahkan suatu perasaan

lalu hinggap seekor rerama
di bahu kiri
sayapnya hijau biru kuning
bergetar memberi petanda
sukar untuk aku fahami
persoalan yang tiada jawapan

hei misteri
angin apa ini
buat aku sejuk
buat aku terlalu ingin tahu
mengorek rahsia
tak keruan mencari penyelesaian

jantung ku berdebar
bak getaran sayap si rerama

misteri apa ini?
dan...


kenapa aku tersengih bodoh?

-f.z.k.-

Tiada ulasan: