Selasa, Februari 12

i'm safe behind these walls

"ni point crush. yang ni point jatuh cinta. i'm in the middle of these two points now."

aku perhatikan gerak-geri jari telunjuk john atas meja makan yang hanya diterangi cahaya lilin. gerai makan yang comel di bahu padang bola, lilin di setiap meja. john kata romantik. orang seni memang macam ini ke, aku fikir. anne said: artistics are romantics. haha. siang hari yang sama, john lead me to taman tasik titiwangsa. so kepada kamu semua, hari minggu yang lalu, aku 'dating'. as dodgy as it sounds like: titiwangsa, candle lit dinner. nasib baik nothing happened among those bushes at titiwangsa. kidding..kidding.. john berper-watak-an aneh. mungkin orang seni memang macam ini, aku selalu fikir. aku dan dia, mempunyai perwatakan yang seakan-akan sama: arrogant, ignorant, selfish. funny. in the early stages he decided we should just be close friends. i said friends with secret desires. sumpah aku tak mengharapkan apa-apa. i was like this naive person who've never been in lust or love, had no idea what to expect from whatever's going on. i'm not sure myself if john actually thought that i was serious about getting involve with him. i'm having a time-off here. another relationship is of course the last thing i'd be considering about. is this right? the night before we went out together, we hung out and i brought anne along though somehow i know she's the last person i should bring to meet any guys that i like. she have this crazy idea of provoking them with straight forward questions. anne, nasib baik kau duduk jauh dari aku or your legs would get sore from continous kickings. she told them about me and my invisible walls to which i said: "hish. manade. manade." seperti biasa, in denial. but as john expressed his feelings yang jujur itu (mungkin jujur, mungkin he just wants the sex after anne brainwashed him about me being sexual in every aspects of life which of course, not true), aku mula ke belakang, belakang, belakang dan menyusun langkah laju meninggalkan john dengan perasaannya. aku hidupkan enjin kereta, cari kedai hardware dan beli seguni simen. pulang ke rumah, aku memulakan kerja biasa: simenkan batu-bata untuk dinding invisible aku. yang indah itu hanya sementara. aku rasa perasaan yang indah itu dalam tiga saat pertama waktu john berkongsi perasaannya dengan aku. rasa macam masa al hulurkan tuala kecil yang di-spray ubat bius kemudian aku inhale dalam-dalam. rasa macam beribu ball bearing melonjak-lonjak dalam badan. pagi isnin, aku masih cool with everything. john text me saying he got an exhibition at the city's art centre. then 'heart spark me up. i was lost in my own mimpi lucid, let the feelings geli-gelikan hati aku, aku terlupa masih ada sesuatu yang belum selesai. sebenarnya sudah selesai, tapi aku pun tak tahu apa yang membuatkannya masih tergantung, terkapai-kapai. 'heart said he needs to breath me to stay alive. so in the midst of happy flirtatious phone messages between john and i, suddenly i went:

"john, kita hanya friends with secret desires, right?"
"why?" john bagai terkedu. dan aku biarkan soalannya tergantung begitu sahaja.

sebab, macam mana kamu buat aku rasa bahagia, teruja, angau pun, i've decided yang kita sudah terlajak. purpose kita berkenalan adalah hanya untuk infatuasi. untuk aku bagi semangat pada kamu, untuk kamu buat aku rasa bahagia, butterflies in my stomach; suatu perasaan yang sudah lama aku tidak rasa. these guilty pleasures yang buat aku tersengih macam orang dungu sambil menggigit jari. falling for each other tidak ada dalam agenda hidup kita.
ok, john. nice knowing you. but i have to get back to my walls now.

Tiada ulasan: