Jumaat, Januari 23

dalam hidup, ada rules and regulations yang tidak tertera tapi kau perlu faham-faham sendiri

malam tadi aku dimarahi elle. she cares too much about me. owh Tuhan, what did i do to get all these precious friends? owh yeah. must be all the mistakes that i did.

semalamnya, aku beritahu dia tentang satu perasaan pelik. kau mesti pernah alaminya, tiba-tiba kau dilanda perasaan yang kau pun tidak tahu apa sebabnya. so weird. i've never missed vans before. dan sebenarnya tidak ada apa-apa yang penting about him yang perlu aku rindui. mungkin betul apa yang anne cakpa pada aku, "he's one of those people yang kau tak tau kenapa kau addicted to him sangat-sangat. you know, he's got that aura." aku tidak faham sangat aura apa, but part of that was true. we didn't share anything special pun tapi kenapa aku macam rindu sangat dan ada urge untuk cari dia? elle cakap, "kau takpayah lah nak cari dia. he's a jerk." so aku cuma berharap pada situasi terserempak sahaja. mills suggested aku plan cara-cara untuk bumped into him. haha. hmm...but i'm kind of considering that.

dan dalam 2-3 hari ini, aku macam agak sensitif. tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bekas kekasih. when mills told me that he's been chatting with a colleague, aku macam, "owh? since when?". dan bila tadi aku sibuk mencari gunting untuk makan keropok sedap, the girl who lent me her blade was wearing his knitted sweater. kau tahu aku rasa apa? macam ada sort of jealousy bercampur-aduk dengan rasa-rasa yang lain. aku tidak pasti. i mean, what's up weih? i thought i'm over him but why the hell did i feel that way? i mean, the only reason why i would wear somebody's ex's sweater adalah mungkin aku saja mahu sakitkan hati that somebody. dan aku macam not very fond of her jadi it kind of made it worse. atau memang sengaja si bekas kekasih meninggalkan pieces of him supaya aku akan sentiasa teringat pada dia. if that's the case, that's just so fucken unfair. aku wonder juga kalau sebenarnya deep inside dia memang tidak mahu aku move on dan always stay tortured macam itu.

maybe i should just take all his leftovers (yang tidak penting untuk aku) dan bakar. dan buat ritual dance. and get high. yeah. macam fun.

tapi aku tidak berapa gemar dengan pembakaran terbuka.

1 ulasan:

Amin Ahmad berkata...

mungkin sebenarnya hati kau mahu mencintainya tapi pada waktu sebelum ini ia tidak cukup matang dan bersedia untuk terima dia. itu normal.

kadangkala kita harus benarkan ia berlaku dan tidak perlu menjadikan sesuatu yg pernah berlaku dulu sebagai sesuatu yg akan selamanya berlaku.