Rabu, Julai 15

siri trackback: 01 - menanti disimbah sebesen air untuk kepentingan diri sendiri.

aku mahu delete salah satu akaun social site. jadi, aku akan post some previous entries di sini. excuse the spelling, please. owh. and the grammar too.

"The story of life is quicker than the blink of an eye, the story of love is hello, goodbye." - Hendrix

'kebelakangan, aku selalu runsing. kadang-kadang lupe, sama ada remeh ataupon tidak. berfikir bende-bende yang tak berfaedah. tentang hati, tentang teman, tentang tanggungjawab, tentang actions yang perlu dilakukan supaya dapat diterima masyarakat. sesungguhnye, confidence level aku bukan lah tinggi menara gading. mahupon bangunan maybank di bulatan kotaraya. rendah serendah-rendah barisan kedai lapok dekat central market tu.

konfius. kaget. hilang.

yang lepas tidak harus lagi menghantui, bukan? harus dilenyapkan saje dari medulla oblangata ni. aku rimas dgn pemikiran yang tercemar buat aku kadang-kadang terjaga lewat malam /awal pagi buat aku tak keruan. aku dah lupe caranya utk menjadi seorang kekasih. yang paling bahaya, aku sudah lupe care utk menjadi seorang sahabat yg akan disayangi sehingga bile-bile mase pon. aku bukan lagi mempunyai bahu favourite utk teman-teman yg mencari. dan dalam senyap, aku memohon maaf. sesungguhnya, aku sendiri kehilangan bahu favourite aku.

kesilapan mengajar kita utk lebih berhati-hati di masa depan. kamu tidak harus menyalahkan aku sebulat-bulat bola ping pong yg ditepis-tepis. that’s life, right? we learn from our mistakes. aku terlalu banyak kesalahan. dan dalam diam juga, aku percaya akan karma. aku telah menerima balasan. malah, aku di sepak teruk di kepala. membuatkan rohaniku agak songsang buat mase ni. paranoid. that’s the best word to describe myself.

maaf. kejadian yg lepas buat aku lebih membenci. pemikiranku terlalu shallow. kadang-kadang bile tersedar, aku tanye akan diriku sendiri, what happened to u? kelmarin, kerap ungkapan ‘happy go lucky’ diucapkan kepadaku. dan aku bulat-bulat menelan pujian enak itu.

hari ini, mereka lebih berhati-hati dgn perkataan, takut aku terlalu sensitif lalu terguris.

aku perlukan ruby slippers dorothy. i need to go back to yesterday when i was still sane.'

23/05/07 from the original wishful thinkings. wasted thoughts.

Tiada ulasan: