Rabu, Julai 15

siri trackback: 04 - permintaan

'permintaan kali ini
sangat minor
aku hanya ingin satu
peluang mendalami
menyelami kisah hidup kamu
kerana aku mahu menganalisis
untuk dijadikan pedoman
mungkin teladan

usah kamu kedekut
usah risau akan kehilangan
aku tidak akan cuba merampas
hanya mahu secubit
akan pengalaman kamu
kamu tertanya-tanya mengapa?

*shrugs

aku sendiri tidak ada
cara untuk mengekspresikan
kamu bagaikan satu arca
arca yang punya pelbagai makna
dan aku si pemerhati
yang kagum mengkritik
satu seni yang halus
yang satu dalam seribu

tapi jangan kamu terlalu riak
mungkin esok hari
akan ada yang kedua
yang akan buatmu tenggelam
terus dilupakan

buat masa ini
kamu masih yang satu
dalam seribu'

18/08/06 taken from the original wishful thinkings. wasted thoughts.

Tiada ulasan: